top of page

๐‘ญ๐‘ถ๐‘ช๐‘ผ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘น๐‘ถ๐‘ผ๐‘ท ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ช๐‘ผ๐‘บ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต (๐‘ญ๐‘ฎ๐‘ซ) ๐‘ถ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฏ๐‘ฌ ๐‘ฌ๐‘ฝ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘ฌ ๐‘จ๐‘ต๐‘ซ ๐‘จ๐‘น๐‘ช๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ฝ๐‘ฌ ๐‘น๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘จ๐‘น๐‘ช๐‘ฏ ๐‘ญ๐‘ถ๐‘น ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘ผ๐‘ต๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐’€ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต

FOCUS GROUP DISCUSSION MENGHIMPUNKAN SEMUA PIHAK BERKUASA NEGERI DI SEMENANJUNG BERKAITAN PENENTUAN SEMPADAN NEGERI ANJURAN BAHAGIAN EHWAL PERSEMPADANAN, JUPEM | 11-12 JUN 2024


JUPEM telah menganjurkan Focus Group Discussionย (FGD) on the Evidence and Archive Research for Boundary Delimitation di Dewan Prima Ballroom, Wisma Lembaga Jurukur Tanah (LJT) yang menghimpunkan pegawai-pegawai daripada Pihak Berkuasa Negeri yang terlibat secara langsung dalam urusan penentuan sempadan darat dan maritim antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. FGD yang berlangsung selama 2 hari ini melibatkan 5 sesi pembentangan dan 1 sesi perbincangan berkisarkan aspek penentuan sempadan (teknikal dan perundangan), ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ช๐˜ค ๐˜ต๐˜ช๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ dan isu-isu penentuan sempadan bertujuan memberi peluang kepada pihak PBN seluruh negeri melibatkan diri secara aktif dalam membincangkan serta bertukar-tukar pandangan dalam mencari satu penetapan resolusi dalam usaha merungkai polemik persempadanan antara negeri.

Program FGD ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I bagi merasmikan program FGD yang antara lain, melalui ucapan perasmian telah menzahirkan bahawa dalam proses penentuan sempadan selain aspek teknikal, JUPEM turut memfokuskan kepada pengesanan dan penyelidikan dokumen arkib, fakta-fakta sejarah dan rekod persempadanan darat serta maritim yang mana sangat penting dan relevan dalam menyusun gambaran dan naratif yang tepat dalam usaha memuktamadkan persempadanan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. JUPEM sentiasa berusaha memberikan khidmat nasihat serta membantu PBN meningkatkan pemahaman kepada pihak yang berkepentingan terhadap proses memuktamadkan sempadan darat dan maritim bersama antara negeri-negeri. Sebagai rekod sejak tahun 2010 lagi JUPEM telah mengadakan road showย mengikut zon dari utara, ke zon selatan hingga ke zon timur dan pada tahun 2017 bengkel penandaan dan penentuan sempadan darat dan maritim antara negeri di Semenanjung Malaysia secara berskala besar melibatkan semua PBN di seluruh Semenanjung Malaysia. Selain pengharapan agar program FGD ini kelak dapat diaplikasikan dalam usaha memuktamadkan sektor-sektor yang masih di peringkat rundingan.

Ucapan aluan dan penutup FGD telah disampaikan oleh YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan antara lain berkata kesanggupan semua pihak untuk bekerja secara berstrategik dengan penuh komitmen akan membolehkan inisiatif yang dilaksanakan ini memacu kejayaan kepada agenda pembangunan negara yang sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.


Hadir sama program ini adalah YBrs. Sr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, pegawai-pegawai daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Kamar/Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Bahagian/Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Arkib Negara Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri, Pejabat Topografi Wilayah dan Bahagian-Bahagian dari Ibu Pejabat JUPEM. Terima kasih di atas penyertaan giat semua pihak terlibat, ketemu lagi pada masa akan datang membawa satu harapan dan sasaran bersama demi Malaysiaย tercinta.


Sumber: Bahagian Ehwal Persempadanan, JUPEM


Pautan berkaitan:


29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aรบn no hay calificaciones

Agrega una calificaciรณn
bottom of page