top of page

ADA APA DENGAN NAMA GEOGRAFI DI MALAYSIA?

MESYUARAT KEEMPAT KUMPULAN KERJA DASAR DAN PENGEMASKINIAN NAMA GEOGRAFI (KKDPNG) | 3 APRIL 2024


Mesyuarat Keempat KKDPNG ini telah diadakan pada 3 April 2024 (Rabu) yang dipengerusikan oleh YBrs Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemeetaan (BDPP), merangkap Pengerusi KKDPNG. Mesyuarat berkala tahunan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Kadaster, Aras 9 di Wisma JUPEM.


Mesyuarat tahunan ini telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat tetap seperti yang disenaraikan di dalam Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Edisi Kedua. Antara ahli-ahli yang hadir adalah dari PLANMalaysia, Pusat Geospatial Negara (PGN) NRES, Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta tidak lupa wakil dari Bahagian-Bahagian JUPEM iaitu Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), Bahagian Kadaster (BK), Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM).



Ahli-ahli Mesyuarat KKDPNG

Mesyuarat tahunan ini merupakan platform membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan dasar dan pengemaskinian nama geografi. Seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) dan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) untuk kelulusan.


Mesyuarat kali ini melibatkan pembentangan laporan aktiviti tahunan KKDPNG dan pembentangan ringkas dari wakil PGN NRES mengenai Rangka Kerja Strategik Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan bagi 2024 - 2028 & Prototaip (POC) Aplikasi MyGeoName versi 2.0. Antara intipati pembentangan dan perbincangan adalah:


  1. Sesi Ke-3 United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN);

  2. International Training on Toponymy Geographical Names as Cultural Heritage;

  3. 12th Divisional Meeting of United Nations Committee of Experts on Geographical Names (UNGEGN) Asia South-East (ASE);

  4. Penamaan Pulau dan Entiti Tidak Bernama Luar Pesisir Yang Melebih Tiga Batu Nautika;

  5. Pengemaskinian Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) Fasa III (Peta Bandar);

  6. Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi Edisi Ketiga dan Penerbitan Dwi Bahasa; dan

  7. Pengemaskinian Senarai Buku Nama Pulau dan Entiti Geografi (NPEG).




Secara keseluruhannya, kepentingan penamaan nama geografi tidak dapat diabaikan kerana ia bukan sahaja memberi rujukan lokasi sesuatu tempat, namun ia mencerminkan sosioekonomi, bangsa, budaya, dialek, sejarah dan aktiviti persekitaran masyarakat setempat. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat memantapkan pengurusan pangkalan data geospatial kebangsaan.


Sumber: Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)

190 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page