top of page

Ahli KSK JUPEM BPTSwk@ AGM ke-16

𝐌E𝐒Y𝐔A𝐑A𝐓 𝐀G𝐔N𝐆 𝐓A𝐇U𝐍A𝐍 (A𝐆M) 𝐊E-1𝟔 𝐓A𝐇U𝐍 𝟐0𝟐4 K𝐄L𝐀B S𝐔K𝐀N D𝐀N K𝐄B𝐀J𝐈K𝐀N (𝐊S𝐊) J𝐀B𝐀T𝐀N U𝐊U𝐑 𝐃A𝐍 𝐏E𝐌E𝐓A𝐀N M𝐀L𝐀Y𝐒I𝐀 𝐁A𝐇A𝐆I𝐀N P𝐄M𝐄T𝐀A𝐍 𝐓O𝐏O𝐆R𝐀F𝐈 𝐒A𝐑A𝐖A𝐊

𝟐 𝐌E𝐈 𝟐0𝟐4  𝐈  K𝐔C𝐇I𝐍G, 𝐒A𝐑A𝐖A𝐊


Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak telah diadakan pada 2 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Auditorium, Tkt 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Lsr Sylvester Luta Buli merangkap Yang Dipertua KSK JUPEM BPTSwk.



Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ukur Bahagian,

Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Geospatial, Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data, Penolong Pengarah Ukur Pejabat Topografi Wilayah Kuching, Penolong Pengarah Ukur Pejabat Topografi Wilayah Miri dan Penolong Pengarah Ukur Pejabat Topografi

Wilayah Sibu serta wakil dari setiap Pejabat Wilayah


Agenda mesyuarat dimulakan dengan Ucapan aluan Yang Dipertua Kelab. Kemudian ahli Mesyuarat mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-15 tahun 2023 dan seterusnya pembentangan Laporan aktiviti Kelab dan Laporan kewangan Kelab sepanjang tahun 2023/2024 masing-masing oleh Sr Mohd Amiruddin bin Khairuddin selaku Setiausaha Kehormat dan Sr Wong King Chuan selaku Bendahari Kehormat Kelab.



Selain daripada itu, cadangan aktiviti Kelab tahun 2024/2025 dan usul serta hal-hal yang berbangkit daripada ahli Kelab turut dibentangkan. Semoga pelaksanaan aktiviti tersebut berjalan lancar dan setiap usul yang dikemukakan dapat diselesaikan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.



9 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page