top of page

APMM ke BPTSbh

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐑𝐈𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐅𝐄𝐑𝐃𝐀𝐔𝐒, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌, 𝐀𝐏𝐌𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒

JUPEM Sabah amat berbesar hati menerima kunjungan mesra Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Bin Ferdaus, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 20 Ogos 2024 (Selasa).


Menyambut kedatangan Laksama Pertama Maritim ialah Sr Shaffri Bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM Sabah, bersama-sama dengan Sr Simeon Dewal Mail, Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim dan Encik Justin Gitom. Turut hadir bersama APMM ialah Dr Cherry Wu.


Kunjungan mesra tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, APMM dan JUPEM Sabah, khususnya untuk aktiviti hal ehwal persempadanan negara, di mana JUPEM membantu APMM menentusahkan batas persempadanan antarabangsa negara.


Meskipun JUPEM Sabah merupakan pihak bertanggungjawab dalam menentusahkan batas persempadanan darat antarabangsa negara, namun, JUPEM Sabah juga membantu menyelaras dan menguruskan permohonan pengesahan batas persempadanan laut antarabangsa negara daripada agensi kepada pihak Bahagian Ehwal Persempadanan di Ibu Pejabat JUPEM di Kuala Lumpur.


Semoga dengan kunjungan mesra ini, hubungan erat antara Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, APMM dan JUPEM akan terjalin. Untuk makluman, ini merupakan kunjungan mesra pertama pihak APMM ke JUPEM Sabah.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

19 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page