top of page
sitirohana4

BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL (KF)

Updated: 11 Mac



JUPEM KEDAH ANJUR BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL (KF) | 4 - 6 MAC 2024

 

Pengarah Ukur dan Pemetaan Kedah, Sr Irwan Khushaini bin Mohd. Jan telah merasmikan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) yang telah dianjurkan oleh JUPEM Kedah pada 4 hingga 6 Mac 2024 bertempat di Hotel Fuller, Alor Setar. Bengkel KF ini diketuai oleh Sr Ahmad Hilmi bin Mohamad Idris merangkap Ketua Jawatankuasa Latihan JUPEM Kedah dengan kehadiran 40 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Ukur I, Timbalan Pengarah Ukur II, Penolong-Penolong Pengarah Ukur, Ketua- Ketua Seksyen, Ketua-Ketua Cawangan dan kakitangan JUPEM Kedah.



Bengkel KF ini bertujuan memberi kefahaman serta melaksanakan klasifikasi fail yang sepertimana ditetapkan oleh pihak Arkib. Sehubungan itu, pihak JUPEM Kedah telah menjemput 3 orang penceramah dari Arkib Negeri Kedah iaitu Encik Abdul Jabar bin Mohamad Ridi,  Pengarah Arkib Kedah/Perlis, Puan Siti Fatimah  binti Kassim (S41) dan Encik Khairi Shahnizam bin Mustafa (S32) sebagai penceramah serta sekaligus sebagai pembimbing dalam membantu peserta-peserta Bengkel KF untuk mengklasifikasikan fail mengikut kod-kod yang telah ditetapkan pihak Arkib.



Hasil daripada bengkel 3 hari 2 malam ini, JUPEM Kedah berjaya menyiapkan draf awal Klasifikasi fail dan akan  berusaha untuk menyiapkan klasifikasi fail yang akan diperakukan oleh Arkib. Malah JUPEM Kedah berhasrat menjadi pakar rujuk untuk tugasan Klasifikasi Fail bagi JUPEM kelak.





149 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page