top of page

BEP @ GEOMATIC LAND SURVEYING DISCOVERY CENTRE (GLSDC)

Updated: 27 Mac

LAWATAN KE GEOMATIC LAND SURVEYING DISCOVERY CENTRE (GLSDC), LEMBAGA JURUUKUR TANAH (LJT), KUALA LUMPUR OLEH BAHAGIAN EHWAL PERSEMPADANAN, JUPEM | 26 MAC 2024



Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) telah mengadakan lawatan ke Geomatic Land Surveying Discovery Centre (GLSDC) yang bertempat di Wisma Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), Kuala Lumpur. Lawatan ini dihadiri oleh seramai 32 orang kakitangan BEP, dan diketuai oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, JUPEM. Sesi lawatan BEP telah disambut oleh Pegawai Aset dan GLSDC iaitu Puan Suhaily binti Mohamad Nor dan Juruukur LJT iaitu Encik Muhammad Taufik bin Ismail telah memberikan penerangan dan gambaran umum yang komprehensif tentang fungsi serta peranan GLSDC kepada profesion ukur.



Lawatan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan BEP bagi memperluaskan pengetahuan mereka dalam bidang geomatik ukur dan pemetaan, serta untuk memberi pendedahan kepada teknologi baru dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang tersebut. Tambahan pula, GLSDC dipilih sebagai destinasi lawatan kerana maklumat sejarah dan kecanggihan teknologi yang dimiliki dapat memberi implikasi secara langsung terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan.



Secara keseluruhan, lawatan ini merupakan langkah yang proaktif dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kecekapan kakitangan BEP dalam bidang geomatik ukur dan pemetaan. Diharapkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui lawatan ini akan dapat diterapkan dengan cemerlang dalam menjalankan tugas dan perkhidmatan sebagai warga JUPEM.



Terima kasih kepada GLSDC dalam menjayakan lawatan ini dan diharapkan kerjasama yang baik ini akan terus berkekalan untuk manfaat bersama dalam pembangunan bidang geomatik ukur dan pemetaan.


Sumber: Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM

378 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page