LAWATAN BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SEMENANJUNG, JUPEM KE GEOMATICS & LAND SURVEYING DISCOVERY CENTRE MALAYSIA (GLSDC), LEMBAGA JURUUKUR TANAH MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN GLOBAL SURVEYORS’ DAY
Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) pada 5 Mac 2024 telah mengadakan lawatan ke GLSDC bertempat di Wisma Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT), Pusat Bandar Melawati Kuala Lumpur. Seramai 40 orang warga dari BPTSM diketuai oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Sr Abd Rahman bin Mohd Jazuli @ Mahmood, para pegawai dan kakitangan dari BPTSM telah bersama-sama mengikuti siri lawatan pada kali ini yang mana lawatan ini seiring dengan semangat sambutan Global Surveyors’ Day yang akan disambut pada tarikh 21 Mac setiap tahun di seluruh dunia.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai GLSDC yang disampaikan oleh Encik Muhammad Taufik bin Ismail, dari LJT. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada warga BPTSM mendapatkan pelbagai pendedahan dan pengalaman baharu dalam meneroka sejarah dan perkembangan bidang geomatik dan ukur tanah di Malaysia menerusi informasi yang terdapat di setiap segmen dan ruang pameran di GLSDC. Lawatan ini juga telah memberi peluang kepada warga BPTSM mendalami dan menimba pengetahuan mengenai peranan dan sumbangan bidang ukur tanah dan pemetaan di dalam membantu pembangunan negara. BPTSM merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak GLSDC atas kesudian menerima kunjungan dari BPTSM bagi siri lawatan pada kali ini. Happy Global Surveyors' Day 2024 dari kami BPTSM untuk semua.
Informasi:
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada kakitangan JUPEM khususnya dari Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dalam meneroka perkembangan dan kecanggihan bidang geomatik dan ukur tanah Malaysia.
Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), JUPEM
Terbaik
❤️
Mantap...info yg menarik
Set Kito Jange Pecoh
Mantap