top of page

BPTSM MENERAJU, DIGITALISASI BANDARAYA AGONG

Updated: 7 Okt

MESYUARAT PERMULAAN (KICK OFF) KONTRAK JUPEM- T6/2024


Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) pada 2 Ogos 2024 jam 10.00 pagi telah mengadakan satu mesyuarat permulaan (kick off) bagi perolehan T6/2024. BPTSM merupakan bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan pangkalan data berskala 1:5,000 bagi bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, Bahagian ini berhasrat untuk memperbanyakkan populasi data AFE bandar supaya pangkalan data topografi dapat digunakan secara optimum. Justeru itu, dalam usaha mempercepatkan proses penyediaan data topografi berskala 1:5,000 ini, penggunaan teknologi pemetaan terbaru dengan kaedah pengekstrakan butiran secara automatik akan digunakan melalui perkhidmatan dan kepakaran pihak pembekal.


Seterusnya, data-data ini kemudiannya perlu disediakan mengikut prosedur dan garis panduan Pangkalan Data Topografi JUPEM untuk mengawal kualitinya berdasarkan spesifikasi peta topografi yang ditetapkan. Antara skop perolehan ini adalah melibatkan perkhidmatan menghasilkan dataset bagi 100 lembar berskala 1:5,000. Kawasan projek adalah melibatkan sekitar bandar Johor Bahru.



Mesyuarat ini telah dijalankan di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Bangunan Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM dan dihadiri seramai 40 orang yang terdiri dari kakitangan JUPEM , barisan pasukan projek pihak kontraktor dan Subject Matters Expert (SME) daripada pihak kontraktor.


Sr Mohamad Nizar bin Damis iaitu Pengarah Ukur Seksyen selaku Pengurus Projek T6/2024 telah mempengerusikan mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh pegawai dari BPTSM iaitu Sr Lim Beng Wee, Sr Norazmel bin Abd Karim, Sr Fahizul Risya bin Husin , Sr Muhamad Husni bin Othman dan En. Muhamad Mubiin bin Abdul Manas. Selain itu, kakitangan dari Seksyen Pangkalan Data Topografi (BPTSM) juga turut hadir selaku pasukan projek bagi pelancaran pelaksanaan perolehan T6/2024 ini.





Sesi mesyuarat ini diakhiri dengan sesi penyampaian Surat Setuju Terima (SST) dari pihak JUPEM kepada petender berjaya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari sehingga kepada ketentuan mesyuarat berikutnya.


Informasi:

Kontrak JUPEM T6/2024-Perolehan Perkhidmatan Pengekstrakan Fitur Data Topografi Berskala 1:5,000 Secara Automatik Bagi Pemetaan Peta Bandar Fasa III Zon 3 untuk Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)


Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM), JUPEM


130 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page