top of page

CERAPAN AZIMUTH MATAHARI @ SARAWAK

KURSUS CERAPAN AZIMUTH MATAHARI BPT SARAWAK BERSAMA-SAMA PEJABAT MUFTI SARAWAK | 10 & 15 JANUARI 2024



Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPTS) dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Cerapan Azimuth Matahari secara teori pada 10 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Mufti Sarawak manakala latihan praktikal telah dilaksanakan pada 15 Januari 2024 di perkarangan Masjid Al-Abyad, Matang Jaya, Kuching, Sarawak.


Program ini telah dirasmikan oleh Sahibul Fadilah Ustaz Haji Mu'al bin Haji Suaud merangkap Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak iaitu Sr Azrina binti Reli, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial, Encik Su'aidi bin Zain, Ketua Cawangan Sempadan dan Geosdesi, Tuan Haji Ayub bin Monseri Ketua Unit Geodesi, pegawai-pegawai dari Unit Geodesi, BPTS. Program tersebut turut disertai oleh kakitangan daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak.


Informasi : Cerapan Matahari adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan azimuth garisan secara astronomical, iaitu dengan melakukan tilikan ke matahari. Antara tujuan cerapan matahari adalah untuk pengesahan datum, mendapatkan azimuth sempadan-sempadan bidang tanah, menyemak sudut-sudut dalam trabas-trabas ukur yang panjang.


Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPTS), JUPEM











192 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Jan 18
Rated 5 out of 5 stars.

Terbaik.

Edited
Like

Guest
Jan 18
Rated 5 out of 5 stars.

👍

Like
bottom of page