top of page

SEMPADAN SELANGOR - W.P. KUALA LUMPUR MUKTAMAD 2025

Updated: 29 Mac

SEMAKAN PELAN KERJA HASIL PENANDAAN DAN PENGUKURAN | 27 MAC 2024


Selaras dengan peranan JUPEM sebagai pihak berkuasa yang berwibawa dalam menentukan persempadanan negara mahupun antara negeri, sedang giat mengorak langkah yang proaktif dalam usaha menentukan sempadan di antara kedua-dua negeri seterusnya merencanakan usaha dalam memuktamadkan pemeteraian perjanjian sempadan ini bersama-sama JUPEM Selangor, JUPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya bersama-sama Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), Bahagian Kadaster (BK) dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM).


Penandaan dan pengukuran sempadan antara negeri Selangor dengan W.P. Kuala Lumpur telah bermula pada Ogos 2022 dan masih berlangsung hingga ke hari ini yang melibatkan 11 kawasan keutamaan termasuk Selayang, Setapak, Ulu Kelang, Ampang, Cheras dan beberapa kawasan keutamaan lain dengan anggaran jarak 108.10 km. Pasukan kerja luar yang terlibat dalam kerja-kerja penentuan sempadan ini adalah daripada Pejabat Ukur Daerah Selangor Timur, Pejabat Ukur Daerah Selangor Barat dan Pejabat Ukur Daerah W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya.




Ia kemudiannya diikuti dengan sesi semakan pelan kerja yang merupakan salah satu aktiviti semakan kualiti hasil kerja ukuran di lapangan melibatkan semua aspek teknikal. Justeru, sesi pertama melibatkan semakan pelan kerja bagi hasil penandaan dan pengukuran Kawasan I dan II bersama JUPEM Selangor dan JUPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya serta Bahagian terlibat telah diadakan pada 27 Mac 2024 (Rabu) di JUPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya. Semakan pelan kerja ini telah dipengerusikan oleh Sr Nawi binti Haji Abdullah, Pengarah Ukur (Seksyen Sempadan Negeri dan Penyelarasan), Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) dan dihadiri Sr Hishamudin bin Kaiyim, Juruukur Daerah W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya bersama Sr Azila binti Aziz, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Pangkalan Data Pelbagai), JUPEM W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, Sr Norfaraedayu binti Azman, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Tadbir Urus dan Maklumat Geospatial), Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM), Sr Abdul Rahim bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Naziran Kadaster), Bahagian Kadaster (BK) dan Encik Saberi bin Rashi, Ketua Cawangan Utiliti JUPEM Selangor dan lain-lain pegawai yang terlibat secara langsung dalam urusan persempadanan sektor ini.




Sumber : Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP) , JUPEM


Pautan berkaitan:


241 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Mar 29
Rated 5 out of 5 stars.


Like

Guest
Mar 28
Rated 5 out of 5 stars.

Mantap & Tahniah JUPEM Malaysia. Maju Jaya Anak Bangsa kita

Like
bottom of page