𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐍𝐒𝐓𝐔𝐍) 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 26 JULAI 2024
Satu kunjungan hormat daripada wakil Bahagian Ukur dan Pemetaan, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) ke Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan, Tingkat 3, Bangunan KWSP Kota Kinabalu.
Kunjungan hormat tersebut telah diketuai oleh Sr Mohd Zaidi bin Zakaria, Ketua Program Ukur, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dengan diiringi oleh empat (4) pegawai lain bersama. Lawatan ini adalah rentetan daripada kehadiran pihak INSTUN ke Negeri Sabah bagi menganjurkan Kursus Asas Remote Pilot Unmanned Aircraft System (UAS) pada 23 hingga 25 Julai 2024 bertempat di INTAN SABAH.
Ketibaan rombongan INSTUN telah disambut oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian diiringi oleh Sr Hilman bin Rasyed, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian dan Sr Hazman bin Md Jauhar, Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial. Sesi kunjungan hormat ini telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian melakukan kunjungan ke Bahagian ini.
Seterusnya, terdapat beberapa sesi perbincangan mengenai keperluan latihan dan penerangan telah diberikan oleh Sr Mohd Zaidi bin Zakaria, Ketua Program Ukur, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) berkaitan kursus semasa dan perancangan kursus yang disediakan untuk keperluan masa hadapan. Sedikit cenderamata telah disampaikan kepada pihak INSTUN yang disempurnakan oleh YBrs Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian sebagai tanda kenang-kenangan atas kunjungan ini.
Diharapkan sesi kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan khususnya antara Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dalam meningkatkan lagi keperluan latihan untuk hasil dan mutu kerja dalam bidang ukur dan pemetaan khasnya.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comments