top of page

INTEGRASI eKADASTER DAN eTANAH

Updated: 13 Mac

MESYUARAT TEKNIKAL PEMBANGUNAN INTEGRASI SISTEM eKADASTER DAN eTANAH (IKATAN) | 15 JANUARI 2024



Pada 15 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Kadaster telah diadakan Mesyuarat Teknikal Pembangunan Integrasi Sistem eKADASTER dan eTANAH bersama-sama wakil daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKTPG). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sr Mohd Farid Al Azmi bin Isahak, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Kadaster. Turut hadir adalah Encik Ahmad Fuad bin Mustaffa, Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL.


Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang melaksanakan projek aplikasi perdana kerajaan elektronik bagi merealisasikan perkongsian data spatial berkaitan tanah bagi menyahut saranan oleh World Bank dan Technical Working Group of Registering Property (TWGRP) ke arah memberi impak kepada daya saing negara dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan tanah. Objektif projek adalah untuk membangunkan integrasi sistem eKadaster dan eTanah (IKATAN) yang bertujuan untuk bertukar maklumat secara automasi berterusan, terjamin dan selamat. Data eKadaster dan eTanah yang disaling hubung memberi nilai tambah pada maklumat spatial berkaitan tanah dan membolehkan perkongsian data spatial berkaitan tanah dilaksanakan secara efektif dan automasi.  


Informasi: IKATAN adalah Integrasi eKadaster dan eTanah yang merupakan platform perkongsian data secara dalam talian berkonsepkan Service Oriented Architecture (SOA).


Sumber : Bahagian Kadaster (BK)




74 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page