top of page

JAWATANKUASA TERTINGGI PEMETAAN DI MALAYSIA

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗘-𝟳5 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗧𝗔 𝗦𝗣𝗔𝗧𝗜𝗔𝗟 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗝𝗣𝗗𝗦𝗡), KUANTAN, PAHANG 


Mesyuarat ke-75 Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) telah diadakan pada 23 sehingga 24 Oktober 2024 di Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan, Pahang.  Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan untuk melapor dan menyelaraskan aktiviti berkaitan pemetaan serta membincangkan hala tuju pembangunan data spatial yang boleh dimanfaatkan bersama demi kepentingan negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.


YBhg. Dato’ Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Mesyuarat JPDSN pada tahun ini telah dihadiri seramai 35 orang pegawai yang merupakan ahli tetap dari pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO), Bahagian Tanah dan Ukur (BTUG) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta agensi jemputan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob serta pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dari Bahagian Dasar dan Penyelarasan, Bahagian Ukur Geodetik, Bahagian Geospatial Pertahanan, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung, Sabah dan Sarawak , Bahagian Kartografi dan GIS, Bahagian Pemetaan Utiliti, Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara dan Bahagian Perancangan dan Korporat yang merupakan wakil kepada jawatankuasa teknikal dan kumpulan kerja.



Di sekitar Mesyuarat Ke-75 JPDSN


Secara keseluruhannya, terdapat 21 pembentangan terdiri laporan daripada aktiviti jawatankuasa teknikal, kumpulan kerja, jabatan dan agensi. Di antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti aktiviti-aktiviti semasa pada tahun 2024, perancangan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2025 serta isu-isu berbangkit dan cabaran. Selain itu, terdapat dua sesi pembentangan khas pada hari terakhir mesyuarat bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan komen selain memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa berkaitan pemetaan. Sesi pembentangan yang pertama adalah mengenai Pekeliling AM Bil. 1 Tahun 2007: Pekeliling Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat yang dibentangkan oleh Lt Kol Mohd Faizalfitri bin Hj Mansor mewakili Jawatankuasa Audit Keselamatan Geospatial (JAKG) dan pembentangan kedua pula adalah mengenai Sistem Alamat Nasional di Tangkak, Negeri Johor yang disampaikan oleh Brig Jen Dato’ Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab. Mesyuarat telah ditangguhkan pada 24 Oktober 2024 jam 12.30 tengah hari.  



Ahli Mesyuarat Ke-75 JPDSN

38 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page