PROGRAM BACAAN YASIN DAN GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN AUDIT QE/5S | 7 MAC 2024
Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM Ibu Pejabat telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Gotong Royong bertempat di Tingkat 8, BEP, Wisma JUPEM. Program Bacaan Yasin dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) dan diteruskan dengan bacaan Yasin pimpinan Encik Muhammad Sadam bin Mohd Ramsah, Penolong Juruukur, BEP. Program ini bertepatan bersempena dengan ketibaan Ramadan 1445H yang bakal tiba pada minggu hadapan dengan harapan agar semua warga BEP dan umat islam diberi kesejahteraan, kesihatan dan kemudahan dalam meraih keuntungan berganda dalam melaksanakan amal ibadat pada bulan yang mulia kelak.
Ya Allah, make it easy for us to get closer to you during Ramadan, embrace us with your mercy. Ramadan Kareem ...
Selesai Majlis bacaan Yasin, aktiviti gotong-royong “Sayangi Pejabat, BEP rumah keduaku” di ruang dan persekitaran kerja BEP. Aktiviti gotong royong melibatkan semua warga BEP dijalankan bertujuan memastikan Zon EP sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam amalan QE/5S seterusnya membudayakan amalan QE/5S secara berterusan selain menghadapi audit dalaman QE/5S yang dijangkakan pada bulan April 2024. Ruang kerja dan persekitaran pejabat yang kemas dan bersih akan meningkatkan semangat warga kerja, keseronokan, kualiti kerja selain membentuk sikap kerjasama dan jalinan ukhwah serta ruang kerja yang selesa dan teratur untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab di kalangan warga BEP.
Sumber:
Setiausaha Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
Zon Ehwal Persempadanan (BEP, JUPEM)
Коментарі