𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗝𝗣𝗦) 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 | 29 JANUARI 2024
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) telah hadir untuk lawatan kerja di JUPEM pada 29 Januari 2024. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengeratkan kerjasama serta mengadakan perbincangan tentang perkongsian data geospatial dan penambahbaikkan ketersediaan data geospatial.
Selain itu, pertemuan juga bertujuan untuk mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan penjimatan kos perolehan data pemetaan. Delegasi JPS diketuai oleh Ir. Dr. Marenawati binti Abdul Malek bersama-sama 18 orang pegawai dari pelbagai sektor berkaitan geospatial.
Delegasi JPS telah disambut oleh pihak JUPEM yang diketuai oleh Sr. Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) yang sedang menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I. Turut hadir ialah Sr. Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) berserta Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung), Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data Geospatial Negara) dan pegawai-pegawai lain.
Sumber : Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK), JUPEM
Comentários