top of page

JUPEM MEWAKILI MALAYSIA @ ISO/TC 211 –GEOGRAPHIC INFORMATION / GEOMATICS


MESYUARAT PLENARI KE-58 ISO/TC211 GEOGRAPHIC INFORMATION/GEOMATICS | 23 - 28 JUN 2024| CHISWICK, LONDON, UNITED KINGDOM


Pada 23-28 Jun 2024, Mesyuarat Plenari Ke-58 ISO/TC211 Geographic Information/Geomatics telah diadakan bertempat di Chiswick, London, United Kingdom. Mesyuarat pada kali ini telah dianjurkan oleh British Standards Institute (BSI). Mesyuarat Plenari Ke-58 ISO/TC211 telah dipengerusikan oleh Mr. Peter Parslow (United Kingdom) dan telah dihadiri seramai 116 orang ahli yang terdiri daripada 27 buah negara.


Rajah 1: Ahli-Ahli Mesyuarat Plenari Ke-58 ISO/TC211

Di antara objektif mesyuarat tersebut adalah melaporkan aktiviti-aktiviti pembangunan standard yang sedang dibangunkan daripada pihak sekreteriat ISO/TC11, pelaporan enam (6) Working Groups (WG),  pelaporan tiga belas (13) Advisory Groups (AG) dan dua (2) Joint Working Group (JWG). Seramai dua (2) orang delegasi Malaysia yang telah menghadiri mesyuarat tersebut secara fizikal yang diketuai oleh Sr Muhammad Salim bin Mohammed Asari selaku Ketua Delegasi dan Sr Shamiruddin bin Mahammad Azami daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).


Delegasi Malaysia juga turut hadir di dalam dua (2) sesi mesyuarat bagi Kumpulan Kerja WG 1 (Framework and Reference Model) dan WG 9 (Information Management) yang masing- masing dipengerusikan oleh Dr. Ryan Ryu (Korea Selatan) dan Mr. David Stolarz (Amerika Syarikat) selaku Convenor. Selain itu, satu sesi seminar telah diadakan iaitu Seminar Standard in Action di mana pelbagai topik telah disampaikan yang merangkumi peranan standard dalam ekonomi digital, aplikasi standard geospatial dan sesi perbincangan panel mengenai peranan stadard dalam meningkatkan kebolehoperasian Digital Twin.


Selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Spatially Enabled Government and Society, United Nations Sustainable Development Goals, 4th Industrial Revolution dan Digital Twin, penyertaan delegasi dari Malaysia di dalam mesyuarat pada kali ini telah memberi banyak manfaat terutamanya dalam usaha penyediaan dokumen-dokumen standard dalam bidang maklumat geografi/geomatik yang dalam tindakan semakan Systematic Review (SR).


Rajah 2: Sesi Mesyuarat Plenari Ke-58 ISO/TC211
Rajah 3: Ketua Delegasi Malaysia bersama-sama dengan Pengerusi ISO/TC 211
Rajah 4: Ketua Delegasi Malaysia bersama-sama dengan Delegasi Korea Selatan
Rajah 5: Delegasi Malaysia bersama-sama dengan Pengerusi ISO/TC 211
Rajah 6: Pengerusi ISO/TC 211 semasa penyampaikan pelaporan CAG
Rajah 7: Sesi Mesyuarat WG 1 (Frame and Reference Model)
Rajah 8: Sesi Mesyuarat WG 9 (Information Management)
Rajah 9: Perbincangan Panel semasa Sesi Seminar Standard in Action

Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)

98 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page