top of page

KEMENTERIAN EKONOMI KE JUPEM

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗞𝗘 𝗝𝗨𝗣𝗘𝗠 | 4 JANUARI 2024

Satu lawatan kerja dari Kementerian Ekonomi telah diadakan pada 4 Januari 2024 yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Ekonomi, Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA) YBrs. Tuan Che Kodir bin Baharum bersama deligasi ke Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan Ibu Pejabat JUPEM. Turut hadir bersama adalah wakil daripada Bahagian Pembangunan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Deligasi telah disambut oleh Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan (KPUP) dan juga Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP).


Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai fungsi dan peranan sistem yang dibangunkan oleh JUPEM melalui BGSP iaitu Defence Geospatial Information Management (DGIM) antaranya berkaitan pengurusan bencana. Selain itu, deligasi juga turut melawat dan diberi taklimat ringkas berkenaan kemajuan pelaksanaan projek Penggantian Lif dan Sistem Penghawa Dingin Berpusat yang dilaksanakan di Ibu Pejabat JUPEM.



Sumber: Bahagian Geospatial Pertahanan dan Bahagian Perancangan dan Korporat, JUPEM


26 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page