𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 28 FEBRUARI 2024
Kunjungan hormat daripada wakil Kementerian Pertahanan Malaysia beserta wakil Kerajaan Amerika Syarikat ke Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah diadakan pada 28 Februari 2024 (Rabu). Kunjungan ini telah dipengerusikan oleh Sr Hilman bin Rasyed, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Cawangan serta Ketua Unit Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial, Seksyen Penawanan Data dan Seksyen Pangkalan Data Topografi.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi mengumpul maklumat daripada agensi-agensi kerajaan di Sabah untuk aktiviti kolaborasi dalam penyelidikan dan penyiasatan arkeologi yang dikoordinasikan oleh Muzium Tentera Darat dengan bantuan kepakaran dari Tim Arkeologi United State Defense Prisoner of War/Missing Accounting Agency (POW/MIA DPAA).
Bahagian Pemetaan Topografi Sabah melalui Cawangan Pengurusan Maklumat Geospatial telah berpeluang berkongsi peta-peta dan rekod-rekod lama bagi kawasan yang terlibat dengan aktiviti ini. Diharapkan dapatan melalui perkongsian maklumat ini akan memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang seterusnya melonjakkan nama Jabatan ke tahap yang lebih tinggi.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comments