top of page
shahiran7

KENAPA AWAL RAMADAN BUKAN PADA ISNIN, 11 MAC 2024?

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1445H OLEH JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI SEMBILAN


Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H peringkat Negeri Sembilan bagi penentuan awal bulan Ramadan telah diadakan pada 10 Mac 2024 bertempat di Kompleks Hilal Telok Kemang, Port Dickson yang melibatkan kehadiran seramai 100 penyertaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Sohibus Samahah Prof. Madya Dato' Dr. Faudzinaim bin Hj. Badaruddin, Mutfi Kerajaan Negeri Sembilan.



Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan telah diwakili oleh 15 orang pegawai yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Juruukur Daerah Negeri Sembilan Barat, Juruukur Daerah Negeri Sembilan Timur, Penolong Pengarah Ukur Seksyen Ukuran Hakmilik Tanah dan pegawai-pegawai kerja luar yang terlibat dalam aktiviti cerapan ini. Selain daripada itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan juga diundang untuk menyampaikan taklimat teknikal berkaitan Cerapan Hilal Rasmi Ramadan 1445H yang telah disampaikan oleh Sr Muhamad Fariz bin Absl Kamarulazman, Juruukur Daerah Negeri Sembilan Barat.


Hasil daripada data rukyah yang disediakan oleh JUPEM mendapati ijtimak berlaku pada 17:00 petang dengan umur hilal adalah 2 jam 30 minit. Waktu matahari terbenam adalah pada 19:25 petang dan waktu hilal terbenam adalah pada 19:30 petang. Berdasarkan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) Baru, syarat imkanur rukyah pada 29 Syaaban 1445H (10 Mac 2024) adalah TIDAK MEMENUHI ketetapan Imkanur-Rukyah baharu. Oleh yang demikian, keesokan hari iaitu 11 Mac 2024 (Isnin) menjadi 30 Syaaban 1445H dan tarikh awal 1 Ramadan 1445H adalah pada 12 Mac 2024 (Selasa). Walau bagaimanapun, keputusan RASMI adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.






Di akhir majlis telah diadakan sidang media tertutup berkaitan pengisytiharan tarikh awal Ramadan 1445H yang disampaikan oleh Mutfi Kerajaan Negeri Sembilan sebelum majlis ini ditutup dengan solat maghrib berjemaah dan jamuan ringan.

 

Informasi:

Seperti sedia maklum, Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 telah bersetuju dengan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) Baru yang dilancarkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) supaya sighah KIR Baru iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang 3° dari ufuk dan jarak lengkung (sudut elongasi) bulan ke matahari tidak kurang 6.4°.


Sumber: FACEBOOK JUPEM Negeri Sembilan



17 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page