top of page
rosmashaida

KETUA PENGARAH NADMA KE JUPEM

Updated: 24 Okt

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 19 Ogos 2024


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril bin Idrus telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) JUPEM, YBrs Sr Hazri bin Hassan di Wisma JUPEM Kuala Lumpur.


Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menghargai dan mengeratkan lagi kerjasama diantara JUPEM dan NADMA di dalam pengurusan bencana negara. Dalam pengurusan bencana negara, JUPEM berperanan sebagai pentadbir dan pembekal platform Defence Geospatial Infomation Management (DGIM) yang telah digunakan NADMA sejak tahun 2022.


Kerjasama erat yang terjalin ini selaras dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu keperluan pengurusan teknologi Geo-Dataraya secara menyeluruh diperingkat nasional merentasi pelbagai sektor dan agensi. Diharapkan kunjungan hormat ini dapat memperkukuhkan lagi persefahaman diantara kedua-dua agensi.


Lawatan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai kenang kenangan. Terima kasih diucapkan kepada pihak NADMA atas kesudian berkunjung ke JUPEM dan semoga kerjasama JUPEM dan NADMA terus kukuh.




10 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page