top of page

KOMPLEKS MINI NRES, REKA & BINA DINILAI AKAN MENCAPAI TAHAP MAKSIMUM

SESI PENUTUP MAKMAL KEJURUTERAAN NILAI (VE) BAGI PEMBINAAN KOMPLEKS MINI NRES, KOTA KINABALU, SABAH | 9 FEBRUARI 2024



Sesi Penutup Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) bagi Pembinaan Kompleks Mini NRES, Kota Kinabalu, Sabah telah berlangsung pada 9 Februari 2024 bertempat di Hotel Klagan, Kota Kinabalu, Sabah. Turut hadir sama di dalam Sesi Penutup Makmal ini adalah YBrs Ir. Amiruddin Bin Alaldin (Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia), YBrs. Sr Shaffri Bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM), Ybrs En Amirzudi Bin Hashim (Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Sabah), YBrs. Puan Jenneth Cyril (Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah), Ybrs. Puan Fazlina Binti Hj Abdul Rani (Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sabah), YBrs. Ir. Ts. Dr. Hajah Siti Fairus Haji Zakaria (Pengarah Bahagian Bangunan dan Infrastruktur JPS Malaysia), YBrs. Ir. Zaliffah Binti Ayop (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Lembangan Sungai, JPS Malaysia) selaku Ketua Fasilitator, Ybrs. Sr. Dr. Rohanis Binti Ab. Ghani (Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Nilai, JKR Malaysia), YBrs Sr Hilman Bin Rasyed (Timbalan Pengarah Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), barisan Fasilitator JPS, pegawai Pakar Bidang Khusus (SME) dan wakil-wakil jabatan dan agensi yang berkaitan.


Makmal Kejuruteraan Nilai (VE) ini telah berlangsung dari 5 hingga 9 Februari 2024 ini dihadiri seramai 103 orang peserta daripada jabatan dan agensi dibawah Kementerian NRES seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) termasuk wakil Agensi Pelaksana daripada Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Malaysia. Makmal VE ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap cadangan dan butiran projek di dalam skop Reka & Bina (Design & Build) Pembinaan Kompleks Mini NRES dinilai secara keseluruhan dan dimuktamadkan bagi mendapat hasil yang optimum.


Bahagian Pemetaan Topografi Sabah mewakili Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh ahli makmal VE sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan hasil daripada makmal VE ini dapat menyumbang kepada kelancaran projek seterusnya merealisasikan projek pembinaan Mini NRES seperti yang telah dirancang.




Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

122 lihatan2 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Feb 09
Rated 5 out of 5 stars.

Semoga berhasil dan berjaya

Like

Guest
Feb 09
Rated 5 out of 5 stars.

Kompleks Mini NRES...moga tercapai...terbaik

Like
bottom of page