top of page

KLN KUNJUNGI JUPEM

Updated: 8 Mac

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DUA HALA) KEMENTERIAN LUAR NEGERI KE JUPEM | 27 JANUARI 2024


Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Negeri (KLN), YBhg. Dato’ Ahmad Rozian bin Abd Ghani telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di Pejabat KPUP, Tingkat 11, Wisma JUPEM.



Pada pertemuan yang singkat ini, kedua-dua pihak telah  berkongsi pandangan akan perkara-perkara utama yang melibatkan persempadanan antarabangsa negara dengan negara-negara jiran. Pertemuan ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara dua (2) agensi yang sentiasa terlibat dalam perundingan isu persempadanan antarabangsa negara. Kunjungan hormat ini juga diadakan sempena dengan taklimat status persempadanan darat antarabangsa negara oleh Bahagian  Ehwal Persempadanan, JUPEM.


Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Akmal bin Che Mustafa, Setiausaha Bahagian Asia Tenggara KLN,  YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM, YBrs. Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian Perancangan dan Korporat JUPEM dan Sr Saiful Nizam bin Saip, Pengarah Ukur Seksyen Sempadan Darat Antarabangsa, Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM.

 

YBhg. Dato’ TKSU, YBhg. Dato’ SUB serta pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Negeri telah diberikan taklimat berkenaan dengan persempadanan darat antarabangsa Malaysia dengan negara Thailand, Indonesia dan Brunei Darussalam. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Sr Saiful Nizam bin Saip, Pengarah Ukur Seksyen Sempadan Darat Antarabangsa, Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM.


Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM, YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan JUPEM, YBrs. Sr Abdul Rahman bin Mohd Jazuli@Mahmood, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung JUPEM, YBrs. Sr Sylvester Luta Anak Buli, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Sr Hilman bin Rasyed, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Korporat, Bahagian Perancangan dan Korporat serta pegawai-pegawai dari Bahagian Ehwal Persempadanan JUPEM.

 

JUPEM merakam setinggi penghargaan di atas kesudian YBhg. Dato’ TKSU dan delegasi dari Kementerian Luar Negeri yang telah hadir ke JUPEM. Semoga hubungan dan kerjasama yang erat di antara JUPEM dan KLN ini akan terus diperkukuh dalam merencana strategi dan buah fikir yang terbaik bagi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini.













Sumber: Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM









21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page