top of page

KURSUS BACAAN PETA DAN LUKISAN TEKNIKAL @ INSPEN


Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) melalui Seksyen Pangkalan Data Topografi (Cawangan Penerbitan Peta) dijemput untuk memberikan ceramah bagi kursus ‘Bacaan Peta dan Lukisan Teknikal’ di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Kajang, Selangor pada 12-13 Ogos 2024 yang lepas. Jemputan ini telah dihadiri oleh Puan Haslinda binti Abdul Halim dan Encik Mohd Faizul bin Nin Ruslan. Kursus ini disertai 21 orang peserta terdiri daripada Pelukis Pelan (JA19-JA29) dan Pembantu Penilaian (W19-W28) Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta seluruh Malaysia. Puan Norashidah binti Jusoh dari BKGIS juga dijemput untuk memberi ceramah pada kursus kali ini. Selain itu penceramah lain ialah En. Mohd Hanafi b. Abdul Rashid (Ibu Pejabat JPPH) dan En. Mohd Shafarin b. Mohd Bohari (JPPH Shah Alam).



Slot yang diperuntukkan kepada BPTSM adalah fokus kepada pengenalan penyediaan data topografi, proses generalisasi terutamanya dalam penjanaan simbol dan persembahan butiran. Bagi penerbitan peta pula, ia lebih kepada penyusunan anotasi, peletakan simbol, penjanaan templat peta dan susunan nota – nota yang berkaitan. Sesi ceramah diselang selikan dengan tugasan secara berkumpulan, soal jawab dan pembentangan hasil daripada tugasan yang diberikan. Kerjasama dan komunikasi daripada peserta amat memberangsangkan untuk setiap aktiviti yang dijalankan.



Informasi:

Objektif utama kursus ini adalah memberi pendedahan peserta mengenai pelbagai jenis pelan dan peta, pengenalan kepada peta topografi serta penggunaan aplikasi yang berkaitan pelan dan pemetaan.


Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM), JUPEM


52 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kommentarer

Betygsatt till 0 av 5 stjärnor.
Inga omdömen ännu

Lägg till ett betyg
bottom of page