top of page

MyIFOS MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGURUSAN DATA LAPANGAN ARAS JITU

PROGRAM LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI iFOSFIELD BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SABAH (BPTSABAH) | 29 & 30 JANUARI 2024



Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Geodesi, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) dan PTW Kota Kinabalu, Sandakan serta Tawau BPTSabah, JUPEM telah mengikuti program latihan penggunaan modul iFOSField pada 29 dan 30 Januari 2024, bertempat di Ibu Pejabat BPTS, Kota Kinabalu, Sabah. Program selama 2 hari anjuran Bahagian Ukur Geodetik (BUG) ini telah diadakan susulan projek menaiktaraf sistem MyIFOS.


Turut hadir ke program ini ialah Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Ukur BPTSabah), Sr Hilman bin Rasyed (Timbalan Pengarah Ukur BPTSabah), Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial), Sr Hidayatul Aisyah binti Ku’On (Pengarah Ukur Seksyen Penawanan Data),  Sr Hazman bin Md Jauhar dan Sr Rabbani bin Mahyudin. Manakala wakil daripada BUG adalah Sr Muhammad Husaini bin Ya’cob (Pengarah Ukur Seksyen Perkhidmatan & Penyelarasan Bahagian Ukur Geodetik) serta En. Ahmad Sabri bin Ab. Rahman dan En. Mohd Fareez bin Alias.


Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan pengenalan kepada ciri-ciri yang ditambahbaik di dalam sistem MyIFOS oleh Sr Muhammad Husaini. Pada hari yang sama, sebanyak 3 set IFOSField beserta aksesori telah diserahkan oleh Pengarah Ukur BPTSabah kepada wakil pengukur daripada ketiga-tiga Pejabat Pemetaan Topografi Wilayah di Sabah.


Sesi latihan secara hands-on ukur aras jitu dengan modul IFOSField pula telah diadakan pada hari kedua, bertempat di sekitar pantai Tanjung Aru 2, Kota Kinabalu. Aktviti seterusnya merupakan pemprosesan data pengukuran lapangan di pejabat pada sebelah petang, diikuti dengan sesi post mortem pelaksanaan program.






Beberapa penambahbaikan pada modul MyIFOS khususnya IFOSField telah dipelajari oleh peserta BPTSabah. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat daripada semua peserta dan pihak BUG, JUPEM. Usaha untuk mempergiatkan penggunaan modul-modul dalam MyIFOS perlulah dilaksanakan secara berterusan oleh BPTSabah bagi memastikan sebarang bug fix dan ketidaklancaran modul dapat dibaiki.


Informasi : Malaysian Interactive Field-Office Management System for Geodetic Measurement (MyIFOS) adalah pendigitalan sistem pengukuran daripada sistem manual ke automation. Ia meliputi kaedah penyimpanan data, pemfailan dan penghantar maklumat. Manakala aplikasi iFosField merupakan aplikasi yang dibangunkan sebahagian daripada sistem MyIFOS ini.


Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM




231 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page