top of page

LATIHAN BENCANA MENINGKATKAN TAHAP KESIAPSIAGAAN @ SABAH

𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐁𝐏𝐓𝐒𝐁𝐇) @ 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐓𝐗 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐓𝐗 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 22 - 25 OKTOBER 2024


Kundasang, Ranau - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengadakan latihan Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) bertempat di Perkasa Hotel, Kundasang. JUPEM Sabah (BPTSbh) selaku agensi tunggal JUPEM di negeri Sabah turut dijemput menyertai latihan yang berlangsung selama 4 hari bermula 22 hingga 25 Oktober 2024. Turut hadir YBrs. Encik Meor Ismail bin Meor Akim (Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA) DCP Datuk Mazli bin Mazlan (Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA) serta Tuan Tinus bin Manggam (Pegawai Daerah Ranau).


Latihan ini merupakan kolaborasi strategik antara Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bersama-sama Agensi Pengurusan Bencana Negara yang telah melibatkan penyertaan seramai lebih 70 orang peserta daripada pelbagai agensi responden. Program yang julung kali diadakan ini adalah yang pertama diadakan di negeri Sabah dengan skala yang besar dengan penglibatan daripada 26 agensi. Antara tujuan pelaksanaan latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi-agensi serta badan sukarela yang terlibat dalam pengurusan bencana selain dapat menambah baik Prosedur Tetap Operasi (PTO) sedia ada.


Bagi sesi latihan tersebut, Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Maklumat Geospatial) telah mengetuai JUPEM Sabah (BPTSbh) dengan penglibatan barisan pegawai lain daripada Unit UAS, Unit Geodesi, Unit Pendigitan dan Unit Penerbitan Peta. PTO JUPEM (Bencana Tanah Runtuh) turut diuji pakai untuk melihat keberkesanan proses tindak balas daripada JUPEM. JUPEM di bawah Arahan NADMA No. 1 - Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara berperanan di dalam penyediaan Peta Khas Bencana dan maklumat GeoDataraya merujuk Arahan NADMA No 1, Perkara 46 & Perkara 62.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

15 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page