top of page
afiqahhisham

LAWATAN KERJA RASMI KE JUPEM PAHANG

LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KE JUPEM PAHANG | 14 JUN 2024


Kuantan, Pahang - Satu lawatan rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang oleh YBrs. Sr Hazri Bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Sr Tsalimy Bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang dan pegawai-pegawai JUPEM Pahang. Turut mengiringi dalam lawatan ini ialah YBrs. Sr Haji Muhammad Salim Bin Mohamed Asari, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Pemetaan II, Sr Mohamad Azmar Bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Koporat), Sr. Nazri Bin Othman, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) dan Sr Mohd Farid Al Azmi Bin Isahak, Pengarah Ukur Seksyen (Seksyen Pengurusan Dan Pembangunan Kadaster).



Objektif lawatan kerja rasmi ini adalah bagi tujuan pemantauan dan penyelarasan aktiviti kadaster dan pentadbiran di JUPEM Pahang. Pihak pengurusan JUPEM Pahang yang diketuai oleh Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang, YBrs. Sr Tsalimy Bin Abdullah, telah membentangkan perkembangan berkenaan penyelarasan aktiviti kadaster di JUPEM Pahang.



Seterusnya, lawatan KPUP diteruskan ke Kuarters Kediaman Kakitangan JUPEM Pahang di Alor Akar, Kuantan bagi memantau kawasan sekitar kuarters kediaman tersebut yang telah dinaik taraf baru-baru ini.



Terima Kasih diucapkan kepada YBrs. Sr Hazri Bin Hassan dan pegawai-pegawai yang turut hadir untuk sesi lawatan pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.


Sumber : JUPEM PAHANG

21 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page