top of page

LAWATAN KERJA YBHG. DATO' KPUP KE JUPEM KEDAH

KULIM, 7 Oktober - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Hazri bin Hassan telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Kulim, Kedah.


Kehadiran YBhg. Dato’ KPUP ke JUPEM Kedah bersempena menerima jemputan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah untuk menyampaikan Diploma Geomatik kepada Graduan bagi Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).


Kehadiran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh En. Irwan Khushaini bin Mohd Jan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Sr Tan Swee Lee, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Abdul Halim bin Md Noor, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan pegawai-pegawai yang lain.


Pada sesi lawatan rasmi ini, YBhg. Dato’ Sr Hazri bin Hassan turut menyampaikan amanat dan soal jawab bersama-sama pegawai JUPEM Kedah. YBhg. Dato’ sr KPUP turut berkesempatan melawat dan beramah mesra dengan semua kakitangan JUPEM Kedah di setiap seksyen dan cawangan termasuk melawat Bilik Kebal, Bilik Server, Kaunter, Stesen MyRTKnet serta Pejabat Ukur Daerah Kedah Selatan.


Pada akhir Sesi Lawatan Kerja Rasmi YBhg. KPUP, En. Irwan Khushaini bin Mohd Jan, Pengarah Ukur Pemetaan Negeri Kedah telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sr Hazri bin Hassan sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.



265 lihatan1 komen

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Oct 07
Rated 5 out of 5 stars.

Terbaik JUPEM Kedah

Like
bottom of page