LAWATAN TEKNIKAL PERBADANAN PUTRAJAYA KE JUPEM | 30 JULAI 2024
JUPEM telah menerima kunjungan dari Perbadanan Putrajaya bagi tujuan lawatan teknikal. Delegasi Perbadanan Putrajaya diketuai oleh En. Zainal Arifin bin Baseri, Pengarah Bahagian Kawasan Bangunan dan Bandar telah hadir bersama 11 orang pegawai.
Lawatan bermula dengan penerangan produk dan perkhidmatan JUPEM oleh En. Izuan bin Hashim dari Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK). Seterusnya delegasi dibawa ke Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) untuk taklimat mengenai kaedah penyimpanan data pemetaan. Taklimat telah disampaikan oleh Sr Lim Beng Wee, Pengarah Ukur Seksyen di BPTSM dan turut dibantu oleh Sr Thuaibatul Aslamiah dan Sr Fahizul Risya.
Delegasi juga telah dibawa melawat beberapa cawangan di Seksyen Penawanan Data, BPTSM yang mengendalikan proses penawanan data bawaan udara, pemprosesan data LiDAR dan pendigitan stereo.
Lawatan diakhiri dengan sesi petukaran cenderamata sebagai kenang kenangan.
😃