31 MAC 2024
Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah telah mengadakan sesi libat urus bersama lima (5) Jurukur Tanah berlesen (JTB) untuk menyelesaikan masalah fail-fail tertunggak. Turut hadir adalah EXCO dari Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) iaitu Sr Hj Ahmad Wizan bin Thani (Naib Presiden) dan Sr Hj Hisham bin Ibrahim. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Sr Tan Swee Lee (Timbalan Pengarah Ukur I) dan dihadiri En Shahrul Nizam bin Jamaludin (Penolong Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data Kadaster), Sr Munirah binti Zakaria (Penolong Pengarah Seksyen Hakmilik Tanah), Sr Ahmad Hilmi bin Mohamad Idris (Penolong Pengarah Ukur Seksyen Peta Kadaster) dan pegawai JUPEM Kedah.
Sesi libat urus ini dibuat bagi membuktikan JUPEM Kedah amat komited dalam usaha membantu Jurukur Tanah Berlesen (JTB) menyelesaikan masalah fail-fail tertunggak. Beberapa isu teknikal berkait rapat dengan punca tertunggak fail ukuran telah dibincangkan bersama secara berhemah. Hasil dari perbincangan ini, JUPEM Kedah telah memberikan beberapa cadangan penyelesaian dengan berpandukan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Bilangan 11/2021. Dimaklumkan Wakil dari PEJUTA akan melaporkan hasil perbincangan ini kepada Lembaga Jurukur Tanah supaya lembaga dapat memantau kerja-kerja JTB terbabit.
Amanat dari Pengarah Ukur Kedah turut disampaikan oleh wakil JUPEM Kedah, Encik Shahrul Nizam sebagai penutup sesi libat urus kali ini. Diharapkan sesi ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan seterusnya memantapkan lagi profesion ukur di Malaysia.
Comments