MESYUARAT TEKNIKAL BAGI KEPERLUAN DATA GEOSPATIAL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) | 18 JULAI 2024 | BILIK PERSIDANGAN, WISMA JUPEM
Mesyuarat Teknikal bagi keperluan data geospatial oleh PDRM telah diadakan pada 18 Julai 2024 bersamaan pada hari Khamis bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab selaku Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan dan telah dihadiri oleh dua puluh enam (26) orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai-pegawai JUPEM serta pegawai-pegawai kanan PDRM yang diketuai oleh ACP Agus Salim bin Mohd Alias.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan secara lebih lanjut berkenaan kolaborasi di antara JUPEM dan PDRM dalam pemerkasaan penggunaan maklumat geospatial di dalam sistem yang dibangunkan oleh PDRM. Data-data JUPEM dilihat mampu membantu PDRM dalam mengatur strategi yang efektif untuk menangani sebarang senario seperti bencana alam, ancaman musuh, operasi mencari dan menyelamat (Search and Rescue) dan sebagainya.
Perbincangan teknikal antara pihak JUPEM dan pihak PDRM berlangsung dengan lancar dan semua ahli mesyuarat memberi komitmen yang baik dalam mencapai keputusan serta persetujuan bersama.
Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan
Comments