top of page

MASTERING SKILLS FOR PROFESSIONAL GROWTH

KURSUS PENGOPERASIAN & PEMPROSESAN DATA UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) SIRI 1/2024 : DJI MATRICE 350 RTK & DJI MACIC 3 ENTERPRISE @ TERENGGANU | 23 SEPTEMBER 2024 - 3 OKTOBER 2024


Kursus Pengoperasian & Pemprosesan Data Unmanned Aerial System (UAS) Siri 1/2024 : DJI Matrice 350 RTK & DJI Mavic 3 Enterprise telah diadakan pada 23 September hingga 3 Oktober 2024 bertempat di DSH Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu. Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM), Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPTSWK), Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSBH), Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM Pulau Pinang dan JUPEM Terengganu. Kursus ini turut melibatkan pegawai dari Pejabat Topografi Wilayah (PTW) iaitu Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Sibu dan Miri. Penceramah yang dijemput adalah pegawai dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) iaitu Kapten Wafi bin Abdulfatah Haron.



Semasa kursus ini, terdapat dua jenis latihan iaitu:-

 

i. Latihan di padang : Pengendalian dan pengoperasian peralatan UAS model DJI Matrice M350 RTK dan DJI Mavic 3 Enterprise bersama sensor iaitu Sensor Optik dan Sensor Oblique; dan

ii.Latihan di kelas : Pemprosesan data menggunakan perisian Pix4D Matic dan Topodrone.

 


Latihan di padang


Semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas untuk melakukan misi penerbangan di kawasan AOI yang ditetapkan dan perlu memproses data penerbangan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan hasil misi yang dijalankan pada majlis penutup.


Latihan Pemprosesan Data Di Kelas


Intipati kursus ini secara keseluruhan memberi fokus terhadap aspek pengoperasian peralatan, pemasangan dan pengujian peralatan, pemasangan dan pengujian perkakasan, flight mission planner, pemprosesan data dan penjanaan produk berkualiti tinggi seperti ortofoto, kontur, DSM dan DTM. Di samping itu, kursus ini juga dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada UAS teknologi baharu bersesuaian dengan era teknologi semasa.

 

Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Sr Saiful Wazlan bin Wahab. Majlis Penutup turut dihadiri Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetan I JUPEM Terengganu, Sr Wan Zulaini bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Sr Wan Safinah Binti Wan Azlan serta Pengarah Urusan Asia Geomatic Instruments Sdn Bhd, En Faez Bin Kassim.


 

Majlis Penutup Disempurnakan Oleh Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan; Sr Saiful Wazlan Bin Wahab


Alhamdulillah, dengan selesainya kursus ini diharap semua peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari kursus ini. Kemahiran sebagai pilot JUPEM untuk mengendalikan peralatan UAS serta memproses data perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar kemahiran tersebut tidak luput dan seterusnya lebih mahir dalam melaksanakan pengoperasian UAS dan pemprosesan data.


Disedikan oleh : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), JUPEM

57 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page