𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐄𝐓 𝐓𝐀𝐊 𝐀𝐋𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 (𝐓𝐏𝐀𝐓𝐀) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈, 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 19 - 21 FEBRUARI 2024
Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Ibu Pejabat Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dari 19 sehingga 21 Februari 2024.
Kursus ini telah dihadiri oleh Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) Bahagian Pemetaan Sabah yang diketuai oleh Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim merangkap Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) BPTSabah. Turut hadir adalah barisan Pegawai Inspektorat Fasiliti (PIF), Pegawai Operasi Fasiliti dan Pegawai Daftar Fasiliti daripada Ibu Pejabat BPTSabah dan Pejabat Topografi Wilayah (PTW) yang telah dilantik bagi sesi tahun 2023/2024 yang telah hadir secara bersemuka dan dalam talian.
Kursus yang diadakan selama 3 hari ini adalah bertujuan bagi mematuhi keperluan hari berkursus tahunan bagi Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) di samping meningkatkan kefahaman ahli UPF berkaitan pengurusan aset tak alih. Kursus ini turut menjemput En. Sahadon bin Samsudin (Pegawai Operasi Fasiliti Ibu Pejabat BPTSabah) dan Pn Rosliana binti Mohd Yassin (Pegawai Operasi Fasiliti PTW KK) sebagai penceramah dalaman untuk memberi penerangan berkaitan kaedah pengisian borang-borang, kategori & pengkelasan aset tak alih dan tatacara pelaporan TPATA kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Fasiliti).
Diharapkan kursus ini dapat memberikan pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan ahli Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) BPTSabah dan secara tidak langsung menambahbaik kualiti pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan di jabatan.
Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
Comments