top of page

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti (JTPU) Tahun 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemetaan Utiliti (JTPU) Tahun 2024 telah diadakan pada 22 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Kelantan yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan). Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan.


JTPU merupakan salah satu daripada Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Dasar Spatial Negara (JPDSN) pada 7 Jun 1994 di Miri, Sarawak. Objektif jawatankuasa ini adalah menentukan dasar program dan aktiviti pemetaan maklumat kemudahan awam berkaitan utiliti bawah tanah agar dapat diselaras dan dilaksanakan dengan efisien dan berkesan oleh semua agensi yang terlibat. Justeru itu, Mesyuarat JTPU telah diurusetiakan oleh JUPEM selaku agensi Kerajaan yang telah diberikan mandat oleh Jemaah Menteri pada tahun 1994 agar JUPEM menjadi pusat repositori data-data utiliti di Malaysia.


Mesyuarat JTPU ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang yang terdiri daripada wakil agensi/jabatan seperti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Pusat Geospatial Negara (PGN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Agensi Angkasa Malaysia (MySA), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Gas Malaysia Berhad (GMB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Alam Flora Sdn. Bhd., Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn. Bhd., Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Petronas Gas Berhad, Koridor Utiliti Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Turut hadir adalah wakil Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan JUPEM Kelantan.


Semasa sesi mesyuarat ini, Sr Mohd Noor Bin Wagiran iaitu Pengarah Seksyen BPU telah membentangkan laporan aktiviti-aktiviti dan pencapaian BPU yang meliputi status penerimaan data-data utiliti daripada agensi-agensi penyedia utiliti bagi tujuan dipopulasikan ke dalam Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU), pencapaian kerja-kerja pengesanan dan pengukuran utiliti bawah tanah yang dilakukan JUPEM dan pembentangan laporan aktiviti Pemetaan Utiliti 2023-2024 dan  perancangan aktiviti-aktiviti JTPU yang telah dirangka pada 2024. Selanjutnya, mesyuarat telah membincangkan lebih lanjut pelbagai isu berkaitan perkongsian data-data utiliti bawah tanah, demi merealisasikan hasrat Kerajaan agar JUPEM menjadi pusat repositori data-data utiliti bawah tanah negara.







63 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page