Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) Bil. 1/2024 telah diadakan pada 26 September 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM dengan dipengerusikan oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, merangkap Pengerusi JTPGGK dan Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) sebagai Setiausaha (Pengarah Ukur Bahagian) dan Urus Setia JTPGGK.
Peranan utama JTPGGK adalah untuk memudahkan pengurusan dan penyelarasan perkara-perkara berkaitan penyelidikan dalam bidang geoinformasi/geomatik di Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengerusi/wakil Pengerusi empat (4) Working Group di bawah JTPGGK iaitu WG 1: Geospatial Science and Technology - Universiti Teknologi Malaysia, WG 2: Urban – PLANMalaysia, WG 3: Ocean and Coast – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan WG 4: Natural Resource Management - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Jabatan/Agensi lain yang turut hadir termasuklah wakil daripada 2 Bahagian JUPEM, 4 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), 20 Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan, dan 6 Unit/Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (UPEN/BPEN).
Melalui Mesyuarat ini, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah makluman pertukaran Pengerusi dan Urus Setia JTPGGK, Pengesahan dan Maklum Balas Minit Mesyuarat JTPGGK Bil.1/2023, Pengesahan dan Maklum Balas Minit Pra Mesyuarat JTPGGK Tahun 2024, Perkara-perkara Berbangkit dan Pembentangan Laporan Setiap Working Group. Perkara-perkara yang dibincangkan pada sesi Mesyuarat ini akan dilaporkan pada mesyuarat induk Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2024.
Sumber : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM
Opmerkingen