top of page

MESYUARAT KICK - OFF @ BPDGN

MESYUARAT KICK-OFF PROJEK SH1/2024: PEROLEHAN MENAIK TARAF PERKAKASAN ICT BAGI PUSAT PEMULIHAN BENCANA (DRC) UNTUK JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES) | 15 MEI 2024

 

Satu sesi mesyuarat Kick-Off bagi Projek JUPEM SH1/2024 - Projek Menaik Taraf Perkakasan ICT bagi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) untuk Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertempat di Tingkat 7, Wisma JUPEM pada 15 Mei 2024.  Sesi ini telah dihadiri oleh wakil dari Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat (SPSM) JUPEM dan juga syarikat yang telah berjaya dianugerahkan projek tersebut iaitu Syarikat Integrasi Erat Sdn Bhd.

 


Perbincangan yang ringkas dan padat dalam sesi ini telah diakhiri dengan acara penyerahan Surat Setuju Terima yang telah disampaikan oleh Sr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN) selaku pemilik projek kepada pembekal. Tahniah buat Syarikat Integrasi Erat Sdn Bhd dan semoga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik buat JUPEM.




Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM





79 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
bottom of page