top of page

MESYUARAT PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARABANGSA MALAYSIA - INDONESIA

Updated: 13 Mac

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄-𝟒𝟖 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇) - 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 (𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀) (𝐌𝐈𝐂𝐃-𝟒𝟖) | 20 - 21 FEBRUARI 2024



Mesyuarat ke-48 Pengarah-Pengarah Projek Bersama bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa antara Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan Utara) (MICD-48) telah diadakan pada 20 hingga 21 Februari 2024 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah selaku Pengarah Projek Bersama (CPD) Malaysia (Sabah), bersama Leftenan Kolonel CTP. Amin Nurdin, S.T., M.T. selaku Pengarah Projek Bersama (CPD) Indonesia (Kalimantan Utara).


Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah, Pasukan Gerak Am (PGA) Sabah, Divisyen Ke-5 Infantri Malaysia Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan Jabatan Peguam Negara (AGC).


Semasa mesyuarat ini, kedua-dua CPD ini telah menandatangani Field Plan (FP) Oustanding Boundary Problems (OBP) Pulau Sebatik dan Sungai Sinapad & Sesai serta senarai koordinat jajaran baharu sempadan antarabangsa bagi kawasan OBP Sungai Sinapad dan Sesai.

CPD Malaysia (Sabah) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli dan urusetia mesyuarat MICD-48 serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pelaksanaan aktiviti penandaan dan pengukuran sempadan antarabangsa ini berjalan lancar.


Informasi : Field Plan (FP) adalah pelan yang dihasilkan oleh pasukan ukur bersama dalam pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia (Sabah) - Indonesia (Kalimantan Utara). Outstanding Boundary Problems (OBP) adalah penyelesaian kepada kawasan sempadan yang belum ada persetujuan diantara kedua-dua negara.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

59 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page