Mesyuarat Ke-56 Pengarah-Pengarah Projek Bersama bagi Penandaan dan Pengukuran Sempadan antarabangsa antara Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Barat) (MICD-56) yang merupakan mesyuarat berjadual dan telah diadakan pada 20 - 21 Februari 2024 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Projek Bersama (CPD) Malaysia (Sarawak), Sr Sylvester Luta Buli, yang juga Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak dan Leftenan Kolonel CTP. M. Fuad Afianto, S.Si Pemangku Pengarah Projek Bersama (CPD) Indonesia (Kalimantan Barat).
Bagi delegasi Malaysia, mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak dan Jabatan Peguam Negara.
Mesyuarat ini, antara lain membentangkan 𝑂𝑢𝑡𝑠𝑡𝑎𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 𝐵𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑟𝑦 𝑃𝑟𝑜𝑏𝑙𝑒𝑚𝑠 (OBP) Sempadan Antarabangsa antara Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Barat), 𝐺𝑢𝑖𝑑𝑒𝑙𝑖𝑛𝑒𝑠 𝑓𝑜𝑟 𝑡ℎ𝑒 𝑃𝑟𝑒𝑠𝑒𝑟𝑣𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑜𝑓 𝐵𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑟𝑦 𝑀𝑎𝑟𝑘𝑒𝑟 𝑎𝑛𝑑 𝑡ℎ𝑒 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐵𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑟𝑦 𝑖𝑛 𝐶𝑎𝑟𝑟𝑦𝑖𝑛𝑔 𝑂𝑢𝑡 𝑈𝑛𝑖𝑙𝑎𝑡𝑒𝑟𝑎𝑙 𝐷𝑒𝑣𝑒𝑙𝑜𝑝𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑃𝑟𝑜𝑗𝑒𝑐𝑡 𝐿𝑜𝑐𝑎𝑡𝑒𝑑 𝑛𝑒𝑎𝑟 𝑡ℎ𝑒 𝑀𝑎𝑙𝑎𝑦𝑠𝑖𝑎 - 𝐼𝑛𝑑𝑜𝑛𝑒𝑠𝑖𝑎 𝐼𝑛𝑡𝑒𝑟𝑛𝑎𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐵𝑜𝑢𝑛𝑑𝑎𝑟𝑦 dan kompilasi rekod-rekod persejarahan penandaan dan pengukuran sempadan kedua-dua negara. Semasa mesyuarat ini, juga kedua-dua CPD telah menandatangani Survey Border Pass bagi Pasukan Malaysia.
CPD Malaysia (Sarawak) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli Mesyuarat dan urusetia Mesyuarat MICD-56 serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan pelaksanaan Program Ukur dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Kommentare