Bahagian Kartografi dan GIS, JUPEM telah mengadakan Kursus Peningkatan Motivasi dalam kalangan pegawai dan kakitangan di Dewan Ukur, JUPEM pada 6 Mac 2024 yang lepas. Kursus ini dibimbing oleh penceramah jemputan iaitu Puan Khatijah binti Abdul Wahid, Pegawai Psikologi dari Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Kursus ini bertujuan untuk memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pegawai dan kakitangan dengan meningkatkan motivasi, membentuk peribadi dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan supaya objektif Bahagian dapat dicapai dengan cemerlang. Bahagian ini yakin prestasi pegawai dan kakitangan dapat dipertingkat dengan meningkatkan motivasi, mengubah sikap dan menambah kemahiran serta pengetahuan individu.
Kecemerlangan sesebuah Jabatan disokong oleh kecemerlangan sumber manusianya. Justeru, salah satu mekanisme yang dilaksanakan oleh Bahagian ini untuk merealisasikan kecemerlangan Jabatan/Bahagian adalah melalui Kursus Peningkatan Motivasi Pegawai dan Kakitangan Bahagian Kartografi dan GIS. Kursus ini diharap dapat membantu meningkatkan motivasi, produktiviti kakitangan baru serta kakitangan sedia ada agardapat menerima perubahan kerja selaras dengan program pembangunan yang dibuat oleh Jabatan bagi memberi peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya ke arah teknologi IR.4.0.
MANTAP
Terbaiklah BKGIS
Mantap BKGIS
Terbaik