top of page
Abang Hashim Abang Tek

MyiFOS MEMPERCEPAT PROSES UKURAN ARAS JITU

PROGRAM LATIHAN PENGGUNAAN APLIKASI iFOSFIELD BAHAGIAN PEMETAAN TOPOGRAFI SARAWAK (BPT SARAWAK) | 14 DAN 15 FEBRUARI 2024



Seramai 14 orang pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Geodesi, Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPT Swk) dan Pejabat Topografi Wilayah Kuching, Miri serta Sibu telah mengikuti program Latihan Penggunaan Modul iFOSField yang telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2024 bertempat di Pejabat Topografi Wilayah Kuching BPT Swk. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan anjuran Bahagian Ukur Geodetik (BUG) susulan projek menaik taraf Malaysian Interactive Field-Office Management System for Geodetic Measurement (MyiFOS).

 

Turut hadir ke program ini ialah Sr Khairil Anwar bin Sabri (Penolong Pengarah Ukur Wilayah Kuching), Sr Mohd Najib bin Hussin (Penolong Pengarah Ukur) dan Encik Mohd Wazir bin Ismail (Penolong Juruukur) mewakili BUG serta jemputan daripada Pejabat Topografi Wilayah Kuala Lumpur Encik Muhamad Zabidi bin Hasim dan Encik Mohd Ezham bin Mohd Asri.




Taklimat ringkas dan pengenalan kepada ciri-ciri yang ditambah baik di dalam sistem MyiFOS telah disampaikan oleh Sr Mohd Najib bin Hussin. Pada hari yang sama, sebanyak 3 set iFOSField beserta aksesori telah diserahkan oleh Penolong Pengarah Ukur Wilayah Kuching kepada wakil pengukur daripada ketiga-tiga Pejabat Topografi Wilayah di Sarawak. Pada hari kedua, sesi latihan secara amali ukur aras jitu menggunakan modul iFOSField telah diadakan di sekitar perkarangan Pejabat Topografi Wilayah Kuching, Bormill Commercial Estate, Kuching. Aktiviti diteruskan dengan sesi pemprosesan data pengukuran lapangan di pejabat dan diikuti dengan sesi pascanilai (post mortem) pelaksanaan program.















Beberapa penambahbaikan beserta proses penyelesaian masalah (troubleshooting) pada modul MyiFOS khususnya iFOSField telah dikenal pasti oleh peserta BPT Sarawak untuk kelancaran modul. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat daripada semua peserta dan pihak BUG JUPEM. Usaha untuk mempergiat penggunaan modul-modul dalam MyiFOS perlu dilaksanakan secara berterusan oleh BPT Sarawak bagi memastikan sebarang pembetulan pepijat (bug fix) dan ketidaklancaran modul dapat dibaiki dalam tempoh jaminan.


Informasi : Malaysian Interactive Field-Office Management System for Geodetic Measurement (MyIFOS) adalah pendigitalan sistem pengukuran daripada sistem manual ke automasi. Ia meliputi kaedah penyimpanan data, pemfailan dan penghantar maklumat. Manakala aplikasi iFosField merupakan aplikasi yang dibangunkan sebahagian daripada sistem MyIFOS ini.


Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak (BPT Sarawak), JUPEM

64 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Feb 19
Rated 5 out of 5 stars.

Terbaik Abg Hashim...

Like
bottom of page