𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐈𝐒 𝐍𝐎𝐑𝐓𝐇 𝐁𝐎𝐑𝐍𝐄𝐎 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 (𝐍𝐁𝐔𝐂) 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇) | 29 FEBRUARI 2024
Satu lawatan akademik daripada pelajar-pelajar Diploma Geomatik dan GIS dari North Borneo University College (NBUC) telah diadakan di Ibu Pejabat, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) pada 29 Februari 2024. Delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh Pensyarah Program NBUC iaitu Associate Prof. Gs. En Almeezan Zahry Bin Acho dan Pn Julianah Rasmih.
Lawatan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Sr Hilman bin Rasyed, Timbalan Pengarah Bahagian Pemetaan Topografi Sabah diikuti sesi taklimat ringkas latar belakang Jabatan oleh Sr Hazman bin Md Jauhar, Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, BPTSabah.
Seterusnya, para pelawat telah dibawa mengunjungi ruang kerja teknikal Jabatan bermula dengan Tingkat 3 & 6 bagi Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial (SPMG) dan diikuti Tingkat 2 bagi Seksyen Penawanan Data (SPD) dan diakhiri ke Tingkat 4 bagi Seksyen Pangkalan Data Topografi (SPgDT).
Sebagai penutup, para pelawat telah dihadiahkan cenderamata berupa peta negeri Sabah, produk peta Jabatan sebagai tanda kenang-kenangan. Diharapkan lawatan seperti ini berupaya memberikan pendedahan awal kepada para pelajar tentang peranan dan tugas Jabatan dan Agensi yang terlibat di dalam bidang ukur, pemetaan dan geospatial dan seterusnya menarik minat mereka untuk terus menceburi bidang ini.
Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM
コメント