top of page

LAWATAN KERJA RASMI YBM NRES KE PERSEMPADAN MALAYSIA-INDONESIA DI PULAU SEBATIK

Updated: 8 Mac

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐈𝐊 𝐍𝐀𝐙𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃, 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐒𝐋𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 (𝐍𝐑𝐄𝐒) 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐓𝐈𝐊, 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 l 4 MAC 2024



Lawatan Kerja Rasmi Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) ke Pulau Sebatik, Tawau Sabah telah diadakan pada 4 Mac 2024. Ketibaan Yang Berhormat Menteri telah disambut oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia diiringi Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah.


Lawatan Kerja YBM ini turut disertai YBhg. Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam dan pegawai di bawah Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES). Tujuan utama lawatan YBM NRES dan YBhg. Dr. KSU NRES adalah untuk melihat secara dekat jajaran persempadanan darat antarabangsa Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan Utara) di sekitar Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. Lawatan kerja ini bertujuan bukan sahaja untuk mengetahui status dan keadaan jajaran sempadan antarabangsa kita demi kedaulatan negara tetapi juga bagi mengetahui akan situasi sebenar (real-world situation) di lapangan seperti memahami kompleksiti untuk mengakses kepada tanda-tanda sempadan antarabangsa tersebut.


Antara lokasi lawatan adalah di Pulau Sebatik dan kawasan sekitar East Pillar, PB02, Kg. Sg. Hj. Kuning, New West Pillar, Pos PGA, Burs Point dan AA2 dengan menggunakan pengangkutan helikopter dan bot. Sepanjang lawatan kerja rasmi YBM ini, taklimat telah diberikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan. Lawatan Kerja YBM NRES ini turut mendapat kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan bantuan pengangkutan helikopter semasa tinjauan udara berlangsung.



Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM

134 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page