LAWATAN AKADEMIK : PELAJAR PENGURUSAN LADANG KE JUPEM | 11 OKTOBER 2024
JUPEM telah menerima lawatan dari pelajar Program Diploma Pengurusan Ladang bagi mata pelajaran Ukur Kerja Tanah Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka. Delegasi lawatan yang diketuai oleh Pensyarah Sr Gs. Shahira A’in binti Noor Azmi telah hadir ke JUPEM bersama 44 orang pelajar dari kursus berkenaan.
Agenda lawatan dimulakan dengan taklimat Pengenalan JUPEM yang disampaikan oleh Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pengarah Ukur Seksyen dari Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK). Lawatan diteruskan ke Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia (BPTSM). Taklimat awal disampaikan oleh Sr Fahizul Risya Bin Husin, Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Penawanan Data, BPTSM. Pelajar telah didedahkan dengan peranan Bahagian ini terutama di dalam kaedah pengambilan data di lapangan.Pelajar juga diberikan pendedahan secara hand-ons oleh pegawai JUPEM di workstation bagi memberi gambaran kepada keadaan kerja sebenar.
Seterusnya agenda diteruskan dengan lawatan ke Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS). Taklimat di BKGIS dimulakan oleh Sr K.Mathavan a/l S.Kumaran, Pengarah Ukur Seksyen, Seksyen Data Geospatial, BKGIS. Penerangan mengenai aktiviti kartografi bagi menghasilkan peta yang menepati spesifikasi telah disampaikan kepada pelajar sepanjang berada di Bahagian ini, produk-produk kartografi juga telah dipamerkan kepada pelajar di Bahagian ini.
Akhir Sekali, lawatan diteruskan ke Kaunter Peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Taklimat ringkas telah diberikan oleh En Zulkarnain Bin Mohd Shariff, Penolong Juruukur di Bahagian Perancangan dan korporat. Pelajar telah didedahkan tentang produk-produk yang dihasilkan oleh pihak JUPEM.
Comments