top of page

Pendedahan Awal Maklumat Kerjaya Sebagai Juruukur

𝐁𝐏𝐓𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐒𝐊 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐏𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 19 JULAI 2024

Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan penglibatan daripada Cawangan UAV/LIDAR/IFSAR dan Cawangan Maklumat Geospatial telah menerima jemputan khas agensi kerajaan untuk menyertai Karnival Akademik di SK Pekan Sipitang pada 19 Julai 2024 baru-baru ini.


Memeriahkan lagi pasukan BPTSabah ke karnival ini ialah Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian) bersama Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial). Karnival ini telah disempurnakan oleh Tuan Zulkifle bin Kassim (Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang) yang turut diiringi oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Ag. Besar (Guru Besar SK Pekan Sipitang) dan Puan Fatimah Elmilinda (YDP PIBG SK Pekan Sipitang).


Di antara pengisian yang diadakan sewaktu karnival ini adalah sesi pameran aset dan produk Jabatan. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Sr Nur Zurairah Binti Abdul Halim (Pengarah Ukur Seksyen Pengurusan Maklumat Geospatial) kepada para pengunjung termasuklah para murid SK Pekan Sipitang, khususnya semasa lawatan VIP ke reruai JUPEM Sabah. Penerangan ringkas tersebut menumpukan tentang kerjaya juruukur, hubung kait STEM dengan JUPEM serta teknologi geomatik yang digunapakai Jabatan bagi tujuan pemetaan. Tidak ketinggalan, aktiviti penjualan peta yang menumpukan peta-peta topografi dan tematik bagi negeri Sabah & Daerah Sipitang.


Antara peralatan yang menarik tumpuan pengunjung adalah peralatan Unmanned Aerial System (UAS) yang terdiri daripada dron DJI Matrice 300 (Multirotor) beserta sensor LiDAR, DJI Mavic 3E (Multirotor) & sensor kamera serta peralatan Global Navigation Satellite System (GNSS) yang digunakan yang untuk pemetaan bawaan udara.


Bahagian Pemetaan Topografi Sabah juga berpeluang menyampaikan cenderahati dalam bentuk peta yang disempurnakan oleh Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian) kepada para VIP sebagai tanda kenang-kenangan. BPTSabah amat berbesar hati serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SK Pekan Sipitang di atas jemputan bersempena menjayakan Karnival STEM ini sekaligus mempromosikan perkhidmatan & produk Jabatan secara terus kepada masyarakat. Di sebelah petang karnival, satu sesi Note of Understanding telah termeterai di antara SK Sipitang dan JUPEM Sabah bagi tujuan jalinan kerjasama yang erat berterusan di masa akan datang, terutamanya dalam memberi pendedahan awal lagi kepada pelapis juruukur muda di kalangan murid-murid SK Sipitang.




Sumber : Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah), JUPEM


30 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page