top of page

PENGANJURAN KURSUS PEMETAAN UTILITI BAWAH TANAH - LANJUTAN (UK11/24) BAGI JUPEM NEGERI ANJURAN BERSAMA BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI, JUPEM DAN INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

Bahagian Pemetaan Utiliti, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah bekerjasama dalam melaksanakan Kursus Pemetaan Utiliti Bawah Tanah - Lanjutan (UK11/24) Bagi JUPEM Negeri bermula pada 2 hingga 6 September 2024 (Isnin – Jumaat) bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjong Malim, Perak.


Para peserta kursus telah diberi penekanan dalam aspek pengesanan utiliti di lapangan, kaedah pemprosesan data utiliti, semakan kualiti data utiliti serta penyediaan laporan pemetaan utiliti bagi JUPEM Negeri. Seramai 26 orang peserta dari seluruh JUPEM Negeri telah hadir ke kursus ini dengan melibatkan wakil dari Pegawai Kerja Luar, Pemproses serta Penyelia Pemetaan Utiliti JUPEM Negeri masing-masing. Para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung.


Selanjutnya, pihak pengurusan BPU yang diketuai oleh Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Utiliti), Sr Powzy bin Mohd Som bersama dengan Pengarah Ukur Seksyen (Naziran dan Pembangunan Pangkalan Data), Sr Mohd Noor bin Wagiran turut mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog khas bersama dengan para peserta kursus yang mewakili JUPEM Negeri masing-masing. Sesi dialog ini diadakan dengan bertujuan untuk mendapatkan input serta maklumat berkaitan dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak JUPEM Negeri di dalam melaksanakan pengukuran dan pengesanan utiliti bawah tanah ini.


Sr Powzy bin Mohd Som turut menyampaikan hasrat jabatan dan hala tuju pemetaan utiliti JUPEM kepada para peserta dimana jabatan telah menetapkan standard dan kualiti pengukuran beserta dengan format data digital di dalam aspek penyediaan Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) yang jitu, tepat dan berintegriti. Secara tidak langsung ianya dapat mendukung hasrat utama jabatan untuk memastikan pengurusan pemetaan utiliti bawah tanah ini dapat dikawal selia dan diuruskan dengan lebih sistematik, berintegriti dan efisyen dalam urusan perancangan pembangunan, pengurusan bencana serta keselamatan aset-aset utiliti yang utama di negara ini.



















91 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page