top of page

Pengurusan Dokumen Geospatial Terperingkat Untuk Masa Hadapan

MESYUARAT TEKNIKAL JAWATANKUASA AUDIT KESELAMATAN DATA GEOSPATIAL (JAKG) BILANGAN 2 TAHUN 2024 | 2 hingga 4 Julai 2024 |


 

Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geospatial (JAKG) Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2024 bertempat di Hotel Travelodge Ipoh, Perak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, JUPEM selaku Pengerusi JAKG. Turut hadir juga adalah Sr Lam Chee Siong, Ketua Penolong Pengarah Ukur, BDPP, JUPEM selaku setiausaha JAKG. Mesyuarat JAKG Bilangan 2 Tahun 2024 pada kali ini telah dihadiri seramai 25 ahli mesyuarat yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan dan institusi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN), dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA).


Rajah 1: Ucapan Aluan oleh Pengerusi JAKG
Rajah 1: Ucapan Aluan oleh Pengerusi JAKG

Semasa mesyuarat tersebut, terdapat tiga sesi pembentangan iaitu:-

 

 i. Implikasi Aplikasi Unmanned Aerial System  Traffic Management (UAS TM) terhadap pindaan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 – Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Geospatial Terperingkat oleh Lt Kol Mohd Faizalfitri bin Mansor daripada Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), JUPEM.


ii.Improving Drone Flights Regulatory Approval Process oleh Puan Azlin Mohd Alias daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)


iii.UAS TM Business Process Reengineering (BPR) Process Flow  oleh Encik Muhammad Fadillah bin Rosli daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

 


Terdapat beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut. Antaranya berkaitan status pembangunan sistem UAS TM dan juga pindaan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007.  

Rajah 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Teknikal JAKG Bilangan 1 Tahun 2024
Rajah 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Teknikal JAKG Bilangan 1 Tahun 2024

Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah membentangkan perkara-perkara yang berbangkit semasa pindaan dokumen Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 – Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa seiring dengan kemajuan teknologi pencitraan untuk tujuan pemetaan di Malaysia.

 

Keselamatan data geospatial terperingkat menjadi keutamaan dalam meminda dokumen pekeliling tersebut. Ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada pelbagai agensi telah memberi sumbangan idea, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing dalam menjayakan pindaan dokumen pekeliling ini.

 

Alhamdulillah, Mesyuarat Teknikal JAKG Bilangan 2 Tahun 2024 pada kali ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual agenda yang telah dirancang. Sekalung penghargaan diberikan buat ahli-ahli mesyuarat yang hadir bagi menjayakan mesyuarat teknikal pada kali ini.


Rajah 2: Ahli-ahli mesyuarat yang hadir pada Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geospatial (JAKG) Bilangan 2 Tahun 2024
Rajah 2: Ahli-ahli mesyuarat yang hadir pada Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Audit Keselamatan Data Geospatial (JAKG) Bilangan 2 Tahun 2024

Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

29 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page