BENGKEL PENGURUSAN PERUBAHAN BAGI PROJEK SISTEM MALAYSIA GEOSPATIAL DATA SERVICES (MYGEOSERVE) | 22 JANUARI 2024
Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Perubahan Projek Pemerkasaan Sistem Malaysia Geospatial Data Services (MyGeoServe) pada 22 Januari 2024 bertempat di Grand Lexis, Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini melibatkan 31 ejen perubahan yang terdiri daripada wakil setiap Bahagian di JUPEM Ibu Pejabat dan juga daripada JUPEM Negeri. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) selaku Penaja Perubahan Projek Pemerkasaan Sistem MyGeoServe. Dalam masa yang sama juga Tuan KPUP telah melancarkan Piagam Pengurusan Perubahan bagi Projek Pemerkasaan Sistem MyGeoServe dan menyampaikan watikah pelantikan kepada duta serta ejen perubahan yang hadir.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua ejen perubahan berkaitan tugasan serta fahaman berkaitan pengurusan perubahan melalui Projek Pemerkasaan Sistem MyGeoServe. Dengan pelancaran Piagam Pengurusan Perubahan, ianya telah menunjukkan komitmen dan sokongan daripada pihak pengurusan terhadap perubahan yang sedang yang dilaksanakan melalui Projek Pemerkasaan Sistem MyGeoServe.
Informasi: Portal Malaysia Geospatial Data Services (MyGeoServe) adalah platform perkongsian maklumat geospatial secara dalam talian berkonsepkan Service Oriented Architecture (SOA)
Sumber: Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN), JUPEM
😉
MyGeoServe berwajah baru. Cantik logo 😍😍
Mygeoserve yg lama sekarang nie lah mcm kureng sikit. Harap2nya la yg baharu nie nanti power la sikit kan
Macam best je.Nak join macam mana?
segak tuan kpup jupem 😎