top of page

PENGURUSAN REKOD CEKAP, URUS TADBIR TELUS

KHIDMAT KONSULTASI PENGURUSAN DAN PELUPUSAN REKOD AM & FUNGSIAN OLEH ARKIB NEGARA MALAYSIA | 19 MAC 2024


Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM telah menjemput Arkib Negara Malaysia (ANM) selaku Jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan rekod, pemeliharaan dan pemuliharaan rekod-rekod penting negara dilaksanakan mengikut dasar, peraturan dan standard pengurusan rekod oleh semua Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk memberikan khidmat konsultasi berkaitan pelupusan rekod am dan fungsian di BEP, JUPEM. Khidmat konsultasi ini dibimbing oleh Puan Nuriqa Irani binti Yahya, Pegawai Arkib Seksyen Pelupusan Rekod, ANM.



Khidmat nasihat berkaitan pengurusan rekod ini bertujuan untuk memastikan semua rekod fungsian, am, perakaunan dan kewangan di BEP yang mempunyai nilai penting kepada negara dapat diurus dan dibuat pemuliharaan selaras dengan piawaian yang ditetapkan pihak ANM. Pengurusan rekod khususnya berkaitan pelupusan rekod tersebut termasuk proses pemilihan rekod, penentuan sama ada rekod tersebut perlu dipelihara atau dipulihara, dan pengaturan untuk pelupusan yang selamat dan teratur.


Menurut Puan Nuriqa, proses pelupusan rekod perlu dilakukan secara teliti berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Setiap rekod perlu dinilai secara individu untuk menentukan sama ada masih relevan atau tidak bagi tujuan semasa. Proses pelupusan rekod perlu mematuhi undang-undang dan dasar-dasar yang berkenaan serta mengambil kira prinsip-prinsip ketelusan, akauntabiliti, serta keberkesanan pengurusan rekod. Ini kerana ianya penting bagi memastikan pemeliharaan warisan dokumentasi negara sekaligus membolehkan pengurusan yang efisien dan efektif bagi agensi seperti JUPEM. Terima kasih pihak ANM di atas kerjasama dan khidmat konsultasi yang diberikan kepada pihak BEP, JUPEM.







Sumber: Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP), JUPEM


143 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page