PROGRAM PENYESUAIAN TEKNOLOGI TERKINI BERSAMA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | 11-12 JANUARI 2024
Program Penyesuaian Teknologi Terkini bersama Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari kesemua JUPEM Negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 11 dan 12 Januari 2024 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Program Penyesuaian Teknologi Terkini ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada semua Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat berkaitan pembangunan teknologi terkini melibatkan ICT di Malaysia. Kandungan program merangkumi bab Rangkaian, Sistem dan Pangkalan Data. Peserta turut didedahkan dengan latihan bagi mengatasi semua isu dan permasalahan yang melibatkan ICT bagi memudahkan urusan sekiranya timbulnya masalah di negeri masing-masing di kemudian hari.
Sumber : Bahagian Kadaster (BK), JUPEM
Comments