top of page

PERINGKAT TERTINGGI NAMA GEOGRAFI

MESYUARAT KE-20 JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI (JKNG)


Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) yang merupakan jawatankuasa tertinggi dalam struktur penentuan nama geografi nasional akan bersidang pada setiap tahun bagi melaporkan aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan di samping membincangkan isu-isu berbangkit berkenaan penentuan nama geografi. Mesyuarat Ke-20 JKNG pada tahun ini telah diadakan pada 6 September 2024 bertempat di Bilik Persidangan, Wisma Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan J.M.N, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.


Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 37 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS),  Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Digital Negara (JDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial (BTUG) NRES, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pulau Pinang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri-negeri. Turut hadir ialah sekretariat daripada Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), JUPEM.

 

YBrs. Tuan Pengerusi menekankan agar ahli JKNG merujuk kepada 21 prinsip penamaan nama geografi yang terkandung di dalam Buku Garis Panduan Penentuan Nama Geografi dengan penekanan harus dititikberatkan kepada prinsip keempat iaitu penggunaan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Ahli JKNG diseru untuk mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu dalam menamakan nama-nama geografi bagi mengurangkan penamaan semula nama tempat dalam Bahasa Inggeris seperti Kampung Kerinchi bertukar nama kepada Bangsar South, Kampung Abdullah Hukum kepada KL Eco City.

 

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai kaedah cerapan data yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pangkalan Data dan Geospatial Negara (BPDGN) melalui program Proof of Concept (POC) Mengemaskini Pangkalan Data Topografi Menggunakan Portal MyGeoserve yang telah dilaksanakan di Negeri Perlis. Kaedah ini boleh dipertimbangkan dalam membantu pengemaskinian pangkalan data nama geografi sekiranya bersesuaian.




Pada mesyuarat kali ini, terdapat 3 pembentangan iaitu Pelaporan Jawatankuasa Teknikal Nama Geografi Kebangsaan (JTNGK) oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob selaku Pengerusi JTNGK, Pelaporan Aktiviti Jawatankuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) oleh wakil negeri dan Rangka Kerja Strategik PDNG dan Gazetir Kebangsaan 2024 – 2028 oleh Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (KKPDNG).


Di akhir Mesyuarat JKNG ini, YBrs Tuan Pengerusi berharap agar semua Kumpulan Kerja dan Negeri akan terus aktif melaksanakan aktiviti penamaan geografi ini bagi memastikan nama geografi yang baharu sentiasa dikenalpasti dan dikemaskini.


Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

115 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

תגובה אחת

דירוג של 0 מתוך 5 כוכבים
אין עדיין דירוגים

הוספת דירוג
אורח
10 בספט׳
דירוג של 5 מתוך 5 כוכבים

Terbaik

לייק
bottom of page