top of page

PETA DAERAH MEMBAKUT BAKAL DITERBITKAN

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊𝐔𝐓 | 14 FEBRUARI 2024



Bahagian Pemetaan Topografi Sabah, JUPEM telah terlibat dengan satu sesi perbincangan bersama Pejabat Daerah Membakut pada 14 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Membakut. Sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi memenuhi jemputan dari pihak Pejabat Daerah Membakut dan juga bertujuan untuk mengemaskini data-data bagi menerbitkan Peta Daerah Membakut yang telah dinaik taraf menjadi sebuah daerah penuh.


Delegasi Bahagian Pemetaan Topografi Sabah telah diketuai oleh YBrs. Sr Shaffri bin Baudi, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan diiringi tiga orang pegawai dari Seksyen Pangkalan Data Topografi iaitu Encik Victor Primus (Ketua Cawangan Mono), Encik Josue John (Ketua Unit Kompilasi Data) dan Puan Nur Natashah Gapit Abdullah (Penolong Juruukur). Turut hadir bersama-sama dalam perbincangan adalah barisan pegawai daripada Pejabat Daerah Membakut yang diketuai oleh Tuan Ibrahim bin Terki (Pegawai Daerah), Puan Nur Sayfa’ah Sazaleh (Pegawai Tadbir), Puan Rojiah bte Lajim (Penolong Pegawai Tadbir) dan Encik Rosley bin Mail (Ketua Kerani).


Diharapkan sesi perbincangan ini dapat membantu kedua-dua pihak dari aspek penyelarasan dan spesifikasi data serta maklumat yang diperlukan bagi menerbitkan Peta Daerah Membakut dengan jayanya.


Sumber: Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (BPTSabah) JUPEM

159 lihatan1 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Feb 20
Rated 5 out of 5 stars.

terbaik

Like
bottom of page